KUALA LUMPUR – Dakwaan bahawa terdapat sebuah kilang beras di Kedah menghasilkan beras palsu tidak berasas.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya telah melakukan pemantuan ke atas dakwaan tersebut.
“Dengan penjelasan ini, orang ramai tidak perlu khuatir kerana
aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan keselamatan makanan sentiasa
dijalankan bagi memastikan makanan di pasaran adalah selamat,” katanya
dalam satu kenyataan media hari ini.
Noor Hisham dalam pada itu menjelaskan, pengimportan beras dari China
terlalu kecil iaitu kurang 0.01 peratus berbanding jumlah import
keseluruhan beras 800,000 tan metrik setahun.
Malah, katanya, beras dari China itu diimport ke negar aini
berdasarkan permintaan untuk kegunaan di restoran makanan Jepun dan
Korea di Malaysia.
Justeru, katanya, dakwaan kononnya terdapat beras palsu dari China di pasaran negara juga tidak berasas.
“Sekiranya pengguna merasa ragu-ragu dengan status keselamatan
sesuatu makanan di pasaran, pengguna boleh membuat aduan kepada
Kementerian Kesihata,” katanya.
Aduan boleh dibuat kepada Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat
Kesihatan Daerah terdekat atau melalui laman sesawang Bahagian
Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) http://fsq.moh.gov.my atau
facebook BKKM www.facebook.com/bkkmhq.