Presiden Persatuan Pengguna Kedah, Datuk Yusof Ismail |
ALOR SETAR - Sehingga kini tidak ada sebarang aduan diterima daripada orang awam berhubung penemuan beras palsu di Kedah.
Presiden Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Datuk Yusof Ismail berkata, sejak isu beras palsu hangat diperkatakan kebelakangan ini, timbul keresahan dalam kalangan masyarakat kerana bimbang jika termakan beras itu boleh menjejaskan kesihatan.
Menurutnya, menyedari perkara itu, mereka sentiasa mengalu-alukan aduan daripada orang ramai untuk melaporkan perkara berkenaan dan tindakan susulan akan dilaksanakan.
“Jika boleh hantar sekali gambar menunjukkan perbezaan beras asli dengan palsu yang belum dimasak dengan lepas dimasak supaya mudah untuk kita merujuk kepada pihak kesihatan.
“Pihak kesihatan akan melakukan ujian dan siasatan untuk mengesahkan perkara itu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Terdahulu, gambar bungkusan beras palsu menggunakan jenama tempatan yang didakwa dibungkus di sebuah kilang di Kedah tersebar dan menjadi viral di aplikasi WhatsApp.
“Sekiranya benar (beras palsu dibungkus di Kedah) mesti ada yang akan membuat aduan tentang perkara itu tetapi setakat ini tiada ada apa-apa diterima,” katanya.
Menurutnya, namun jika sebaliknya, pihak yang terlibat dengan kerja-kerja memalsukan beras diminta menghentikan perbuatan berkenaan kerana boleh membahayakan nyawa orang lain.
“Selalunya yang selalu kita dengar berlaku gred beras dicampur-campur tetapi isu beras palsu lebih serius kerana terdapat campuran bahan lain sama,” katanya.
Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Pengilang Beras Melayu Malaysia (PPBMM), Musonnef Md Radzi berkata, pihaknya tidak menerima sebarang maklumat mengenai penyebaran beras palsu itu sama ada di Kedah atau dalam negara ini.
"Setakat ini masih tiada sebarang maklumat yang pihak kami terima berkaitan masalah ini," katanya.

Sumber: Sinar Harian