Papan tanda Paya Besar yang wujud di kawasan itu yang turut menggunakan bahasa selain Kebangsaan. |
KULIM - Kewujudan satu papan tanda di Paya Besar yang menggunakan
tulisan selain rumi mengejutkan pengguna jalan raya di kawasan ini.
Pengguna jalan raya, Suhaimee Yusoff, 57 berkata dia sering menerima panggilan daripada rakan-rakannya mengenai kewujudan papan tanda yang menggunakan bahasa lain selain Melayu.
Menurutnya, sepatutnya papan tanda utama yang menggunakan tulisan lain selain tulisan standard tidak boleh digunakan.
“Saya tengok sudah dua minggu papan tanda itu dan kawan-kawan juga pelik kenapa ia menggunakan tulisan lain selain tulisan rumi, jika guna tulisan jawi tak apa lah, bukan nak bersikap perkauman dan sebagainya tapi ia undang-undang.
“Papan tanda itu adalah penunjuk arah utama untuk pelancong lihat dan tahu tempat, kalau guna bahasa lain nanti kita takut akan menjadi satu kebiasaan,” katanya kepada Sinar Harian.
Suhaimee berkata, pihak bertanggungjawab terhadap pemasangan papan tanda itu perlu berhati-hati dan memeriksanya sebelum dipasang.
Dia berasa tak puas hati dengan penggunaan bahasa atau tulisan selain bahasa Kebangsaan.
"Saya harap pihak bertanggungjawab dapat melakukan pemantauan segera mengenai perkara ini,” katanya.
Sementara itu, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) Md Nordin Yahya berkata, papan tanda yang dipasang di kawasan ini malah di seluruh negara tidak boleh ada penambahan tulisan lain selain tulisan rumi.
Menurutnya, kewujudan papan tanda sebegitu tidak mendapat kebenaran pihaknya kerana ditambah tanpa pengetahuan MPKK.
“Penambahan tulisan sebegitu memang tidak boleh sama ada di dalam kawasan taman perumahan atau pun jalan utama.
“Kami akan siasat perkara tersebut. Kemungkinan ia dipasang atau ditambah tanpa pengetahuan pihak MPKK,” katanya.
Sumber: Sinar Harian