GURUN – Tiga beradik perempuan berusia 10 hingga 14 tahun yang tinggal
berdikari selain menjaga ibu yang sakit saraf memasang impian untuk
menyediakan biskut dan kek sebaik sahaja permintaan untuk mendapatkan
ketuhar dipenuhi.
Nur Shuhada Ishak, 14, dari Taman Ria Mesra II berkata, setiap tahun dia ada menyediakan biskut untuk guru sempena Hari Guru sehingga diberi cadangan supaya membuat kuih raya pada perayaan kali ini.
Menurutnya, dia ada mengimpikan untuk memiliki ketuhar baharu memandangkan ketuhar di rumah sudah pun lama tetapi masih digunakan.
“Tak sangka permintaan untuk dapatkan ketuhar, peralatan memasak dan acuan biskut dipenuhi dan tak sabar rasanya untuk buat kuih raya sempena perayaan tahun ini.
"Tambahan pula, baru-baru ini ada guru yang ingin membuat pesanan selepas merasai biskut yang saya buat,” katanya.
Nur Shuhada berkata, adiknya, Nurina, 11, pula gemar menyediakan kek dan dengan adanya kemudahan berkenaan, mereka bertiga dapat menyediakan masakan istimewa buat ibu mereka yang tidak mampu bergerak.
Kisah tiga beradik tersebut mendapat perhatian Sinar Harian 9 Jun lalu apabila menyiarkan rutin harian yang terpaksa dilakukan dari awal pagi bagi menjaga ibu mereka yang sakit.
Penderitaan yang ditanggung Zaharah Mohd Nor, 37, sejak mengandungkan Nurina berlarutan apabila sakitnya terus menyerang setelah melahirkan anak ketiga, Nurani, 10.
Kini, Zaharah hanya menghabiskan masa di atas kerusi roda ataupun berbaring di tilam sementara menunggu anak-anak pulang dari sekolah untuk menyediakannya makanan atau membawanya ke tandas.
Zaharah memerlukan bantuan anak-anak sepenuh masa untuk pergerakan di samping mengharapkan anak sulung, Nur Shuhada memasak bagi keperluan empat beranak itu.
Difahamkan, Zaharah dan suaminya, Ishak Hasan, 37, bercerai kira-kira lima tahun lalu dan kini, ibu tunggal berkenaan hanya dijaga anak-anak selain dibantu keluarga terdekat.
Untuk perbelanjaan harian, mereka hanya menggunakan wang bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM350 sebulan.
Prihatin dengan nasib mereka, Pengurus Econsave Wilayah Utara, Zamzuri Mansor hadir menghadiahkan ketuhar buat mereka selain beberapa peralatan lain bagi memenuhi permintaan mereka termasuk basikal, kipas angin, lampin pakai buang, barangan dapur dan makanan.
Orang ramai yang ingin membantu keluarga berkenaan boleh berbuat demikian melalui akaun Bank Rakyat bernombor 22-065-137485-2 atas nama Nur Shuhada Ishak.

Sumber: Sinar Harian