Bekas OKP yang ditahan semula selepas didapati kembali menagih dadah. |
KUALA NERANG - Tiga bekas Orang Kena Pengawasan (OKP) yang tamat hukuman
sebelum ini dijatuhi hukuman selama tiga tahun selepas didapati kembali
menagih dadah.
Penolong Pegawai Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Padang Terap, Megat Rodzep Megat Teh berkata, ketiga-tiga mereka ditahan semasa pihaknya mengadakan Ops Damp, baru-baru ini.
Menurutnya, sebelum ini, ketiga-tiga OKP itu dijatuhi hukuman sebagai OKP selama dua tahun dan tamat hukuman baru-baru ini. Bagaimanapun selepas pihaknya mengadakan operasi baru-baru ini, ketiga-tiganya terbabit dalam penagihan dadah.
“Pihak mahkamah menjatuhkan hukuman selama tiga tahun sebagai OKP supaya mereka lebih insaf dengan perbuatan yang dilakukan. Oleh kerana ketiga-tiga mereka itu merupakan ketua keluarga, mereka hanya dikenakan tiga tahun sebagai OKP.
“Bagaimanapun pihak majistret juga turut memberi amaran dan nasihat supaya mereka menjauhi dadah. Jika mereka terlibat lagi dalam penagihan dadah, mereka akan dikenakan tiga tahun penjara atau tiga sebatan atau kedua-duanya sekali,” katanya.
Menurut Megat Rodzep, AADK Padang Terap akan sentiasa memantau dan bertindak tegas kepada mereka yang tamat sebagai OKP.
"Kami juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan jika mendapati OKP kembali menagih dadah semula.
"Oleh itu, kami berharap keluarga OKP dapat memberi kerjasama dengan pihak kami bagi memaklumkan aktiviti bekas penagih walaupun mereka sudah tamat menjalaninya.

"Kes seperti hari ini menunjukkan kami akan tetap
menahan mereka walaupun sudah tamat menjalani hukuman,” katanya.
Sumber: Sinar Harian