Zarina menanti kunjungan pelanggan di hadapan kaunter tiket. |
ALOR SETAR - Kebanyakan pengusaha bas memilih untuk menjual tiket balik
kampung kepada penumpang sempena menyambut Aidilfitri seawal hujung
bulan lalu sekali gus dapat mengurangkan masalah kesesakan di kaunter
tiket.
Tinjauan Sinar Harian di Terminal Bas Shahab Perdana, di sini, semalam mendapati kebanyakan kaunter masih lagi menjual tiket raya ke pelbagai destinasi namun jumlahnya terhad kerana ramai yang membeli awal.
Penjual tiket bas Star Mart Express, Zarina Che Kar, 39, berkata, setakat ini mereka tidak mempunyai sebarang masalah untuk menjual tiket berkenaan walaupun masih ada beberapa minggu lagi untuk menyambut raya.
“Bagaimanapun permintaan terhadap tiket raya selalunya bertambah apabila menjelang beberapa hari sebelum raya kerana ada segelintir pelanggan membuat keputusan membeli tiket di saat akhir.
“Selalunya apabila berlaku situasi sedemikian, kami akan maklumkan segera kepada pihak pengurusan sama ada perlu menambah bas atau jadual perjalanan tambahan,” katanya.
Zarina berkata, dalam tempoh terdekat mereka masih mengekalkan jadual perjalanan asal iaitu ke Johor sekitar kawasan Pasir Gudang, Masai, Larkin serta ke Kuala Lumpur termasuk Klang dan Shah Alam.
“Selalunya jadual perjalanan pada sebelah pagi bermula jam 10 pagi dengan menggunakan bas A-Class Express sementara sebelah malam menggunakan bas Star Mart Express pada 10 malam serta 12 malam.
“Kaunter tiket bas dibuka sepanjang masa termasuk malam atau hari raya pertama kerana kami menggunakan sistem giliran kakitangan yang menjaga kaunter bagi memastikan pelanggan boleh membeli tiket pada bila-bila masa,” katanya.
Sementara itu, situasi berlainan berlaku bagi perjalanan bas menuju ke Pantai Timur, menurut penjual tiket bas S.P Bumi Express, Farah Alwi, 30, berdasarkan rekod tiket perjalanan dari Alor Setar ke Kuala Terengganu pada 9, 10, dan 11 Julai sudah penuh begitu juga pada 20 Julai turut habis.
“Pihak pengurusan terpaksa menggunakan khidmat sebuah bas tambahan bagi menampung permintaan pelanggan yang sentiasa meningkat terutamanya menjelang musim perayaan.
“Bagi perjalanan biasa selalunya hanya sebelah malam iaitu pada 9.30 malam tetapi disebabkan ada permintaan kami turut menambah satu perjalanan pada sebelah pagi iaitu pada 9.30 pagi,” katanya.
Menurutnya, bagaimanapun tiket sehari sebelum raya iaitu 16 Julai masih ada namun jumlahnya sangat terhad.
“Kebanyakan pelanggan memilih untuk pulang lebih awal ke kampung halaman masing-masing berbanding pulang pada malam raya.
“Ada antara mereka selesa menaiki bas pada sebelah pagi berbanding malam. Disebabkan itu pihak pengurusan memilih untuk menambah masa perjalanan pada waktu pagi,” katanya.
Dalam pada itu selain S.P Bumi Express masih terdapat beberapa syarikat bas seperti Tasik Kenyir Express, Cepat Express, Mutiara Express serta Shamisha Express turut ke Pantai Timur.
Salah seorang penumpang bas yang juga penuntut sebuah institusi pengajian tinggi, Muhamad Saufi Amran, 22, dari Johor berkata, dia membuat persiapan awal untuk membeli tiket pulang ke kampung kerana risau kehabisan tiket.
“Saya lebih selesa membeli tiket terus di kaunter bas berbanding membeli tiket daripada ulat tiket kerana sudah banyak rungutan yang saya dengar pelbagai masalah timbul apabila membeli tiket di luar daripada kaunter bas sepatutnya,” katanya.

Sumber; Sinar Harian