Seluruh negara gempar jadinya apabila tingkat 15 Menara Parlimen dilaporkan terbakar awal pagi tadi yang
dipercayai berpunca dari mesin pemotong kertas.
Bagaimanapun, kebakaran yang berlaku di pejabat Menteri di Jabatan
Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim itu berjaya dipadamkan
oleh sistem ‘sprinkler’ bangunan tersebut, tanpa memerlukan bantuan pihak Bomba.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur, Azizan Ismail mengesahkan kejadian tersebut melalui satu kenyataan.
Kebakaran itu dilaporkan berlaku kira-kira jam 9.41 pagi iaitu lebih
kurang 20 minit sebelum bermulanya sesi sidang Dewan Rakyat semalam.
Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Sentul dan Hang Tuah tiba di
lokasi kejadian pada jam 9.54 pagi tadi dan setibanya bomba di lokasi
tersebut, kebakaran telah dipadam sepenuhnya. -Kedahnews.com