ALOR SETAR - Sudah menjadi kebiasaan bagi anak-anak yang berusia 1 tahun setengah sehingga usia 3 tahun sememangnya mereka suka
memberontak, campak barang, merajuk, mengamuk, menjerit dan bermacam-macam lagi
"drama" yang suka dilakukan.
Kadangkala, ada juga ibu bapa yang kurang sabar dengan kerenah si manja masing-masing, bukan?
Namun sekiranya diajukan tentang persoalan gelagat anak-anak kecil berkenaan kepada pakar, jawapan dari mereka memberitahu bahawa sebenarnya anak-anak itu sedang belajar untuk mengekspresi diri disebabkan keadaan mereka yang letih atau kecewa tentang sesuatu.
Sudah lumrah bahawa apabila anak-anak kecil ini tidak mendapat sesuatu yang mereka mahu, maka mereka akan
rasa kecewa dan sedih.
Apabila perasaan kecewa dan sedih wujud dalam emosi mereka, dan kemudiannya tidak pula mendapat layanan yang sepatutnya, maka bertambah membuaklah emosi anak-anak yang masih mentah itu, bukan?
Justeru itu, Kedahnews.com ingin berkongsikan tips untuk golongan ibu bapa bagi mengatasi telatah anak-anak kecil yang meragam suka mengamuk dan menjerit.
Sila baca dibawah dan hargailah kurniaan dari Allah SWT itu sebaik-baiknya, serta coraklah mereka ke jalan yang diredhai Allah. - Kedahnews.com
9 Cara Mudah Atasi Anak Kuat Mengamuk dan Menjerit
1) Letakkan Anak Di atas Riba
Ambil anak dan dudukkan dia di atas riba anda. Pegang dia dari belakang seperti gambar di bawah. Anda boleh membawa kepalanya bersandar di dada anda.
2) Bisikan Sesuatu
Bisikan pada anak anda, beritahu dekat dia yang anda sayang sangat dekat dia dan understand perasaan dia.
3) Membaca Doa
Bagi yang Muslim boleh membaca ayat Quran dan A’uzubillah hi manasyaitan nir rajim, supaya syaitan tidak mengambil kesempatan kepada anak anda. Bagi yang bukan Muslim, anda boleh membaca doa anda.
4) Kata2 Kasih Sayang
Terus tenangkan dia dengan kata-kata kasih sayang, tapi kena ingat, anda pun perlu tenang juga.
5) Jangan Marah
Jangan sesekali marah dan menjerit atau memukulnya konon2nya untuk mendisiplinkan dia. Ini akan menjadikan dia anak yang pengecut atau lebih suka memberontak.
Tidak mustahil juga, anak yang kuat menjerit kerana dia sudah biasa dengan keadaan rumah atau ibu dan ayah yang kuat menjerit.
Bagaimana Pula Jika Anak Tidak Mahu Dipegang?
6) Biarkan Seketika
Anda duduk tidak jauh daripada anak itu, biarkan dia melayan perasaan sendirian untuk seketika.
7) Ucapkan Kasih Sayang
Sebutkan anda sayang dia dan dia boleh merengek dan menangis untuk melepaskan rasa tidak puas hatinya.
8) Beri Sedikit Ruang Kepada Anak
Katakan sekiranya dia dah puas mengamuk dan menjerit, dia boleh datang kepada anda dan dia boleh bercakap dengan baik apa yang dia hendak dan waktu ini, peluklah dia.
9) Nasihat
Bila dia sudah tenang, barulah beritahu dia bahawa lain kali dia tidak perlu mengamuk lagi, dia hanya perlu datang dan memberitahu anda apa yang dia mahu.