ALOR SETAR – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim semalam
memberi amaran kepada pihak-pihak tertentu supaya tidak cuba untuk menganggu-gugat
keharmonian masyarakat di negeri Johor.
Titah baginda, rakyat Johor juga tanpa mengira bangsa dan
agama perlu terus bersatu dengan menolak sebarang anasir negatif yang cuba
dilontarkan dengan tujuang memecah-belahkan keharmonian mereka.
“Maklumat yang telah dikenal pasti berkenaan video ‘Johor For
Christian’ yang sedang menjadi ‘viral’ di laman sosial didalangi
sekumpulan berbangsa Cina berasal dari Negeri Sembilan.
“Rakyat Johor jangan terlalu mudah terpengaruh kerana ini adalah
strategi pihak tertentu untuk pecah belahkan bangsa Johor,” titah
baginda dalam satu kenyataan hari ini.
Kenyataan baginda yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor
(PBNJ) disiarkan melalui laman Facebook Johor Southern Tigers, semalam.
Justeru, Tunku Ismail memberi amaran kepada orang luar Johor supaya
tidak menganggu keharmonian bangsa Johor dengan menyentuh isu isu agama
yang sensitif seperti itu.
“Kita sentiasa menghormati semua kaum dan setiap kaum berhak mengamalkan agama masing masing,” tegas baginda lagi dalam titahnya. -Kedahnews.com