SESIAPA yang gemar menonton video mengenai kucing di waktu lapang
bolehlah meneruskan tabiat itu kerana ianya dikatakan memberi kesan
positif kepada penonton.
Kajian yang dijalankan mendapati hasil daripada menonton video kucing
boleh meningkatkan tenaga serta meransang perasaan positif individu
yang menontonnya.
Ternyata gelagat haiwan manja yang comel ini sangat membantu untuk
menghilangkan tekanan dan bebanan yang dihadapi segelintir individu.
Sumber: Instagram Johan and his cat. |
Kajian tersebut telah dijalankan oleh Universiti Indiana Bloomington dan diketuai oleh pembantu Profesor, Jessica Gall Myrick.
“Kita semua pernah menonton video kucing secara online, tapi kajian
tentang mengapa kita lakukannya dan apakah kesan yang akan dihadapi
terlalu kurang.
“Jadi saya sebagai pengkaji media dan penonton video secara online, saya terpanggil untuk mengumpul data mengenai fenomena pop culture ini,” kata Jessica yang mengetuai kajian ini.
Kajian ini melibatkan 7 ribu orang sebagai responden yang sedang menonton video kucing dan hasilnya mendapati responden yang terlibat lebih bertenaga dan positif berbanding sebelumnya.
Siapa yang tidak terhibur dengan gelagat comel kucing di dalam video?
Rasanya semua orang lebih tertarik dengan aksi kucing berbanding video
lain.
Jadi, jika sesiapa yang rasa bebanan dan tekanan kerja yang terlampau
selepas ini, carilah video yang melibatkan aksi comel si kucing.
Jika mahu tahu dengan lebih lanjut mengenai kajian ini, rujuk di sini.
Kalau tak percaya cubalah tengok video yang melibatkan aksi comel
kucing dibawah, cuba bandingkan sendiri perasaan anda sebelum dan
selepas menonton video ini.