Ummi Nazeera |
Pelakon Ummi Nazeera menganggap fasa percintaan dalam sesuatu
hubungan sebagai membuang masa dan sebolehnya dia enggan mengharungi
proses berkenaan.
Ummi atau nama sebenarnya Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abidin, 25,
sebaliknya berkata, dia percaya percintaan selepas berkahwin itu lebih
indah dan manis.
"Jujur saya katakan, bercinta itu buang masa kerana kita belum tahu apa
pengakhiran kepada hubungan tersebut dan saya sendiri sebolehnya tidak
mahu melalui fasa itu dan lebih baik bercinta selepas kahwin," katanya.
Bagaimanapun kata Ummi, sebagai manusia biasa bukan bererti dia mengelak
daripada bergaul dengan lelaki sebaliknya menganggap hubungan yang
terjalin sebagai persahabatan.
Malah katanya, pada usia sekarang dia juga sudah mula berfikir soal jodoh dan ingin hidup berkeluarga seperti mana orang lain.
Ummi mahu bercinta selepas mendirikan rumah tangga. |
"Pada usia saya sekarang tipulah kalau tidak ada berkawan dengan sesiapa
tetapi bagi saya mudah, selagi tidak berkahwin saya masih solo dan
bukan kepunyaan mana-mana lelaki.
"Saya lebih selesa menganggap hubungan yang terjalin itu sebagai persahabatan," jelasnya.
Bercakap mengenai sambutan bulan Ramadan, Ummi memberitahu bulan puasa adalah peluang untuknya meningkatkan ketakwaan terhadap Allah selain memperbaiki diri.
Jelas Ummi, seperti kebanyakkan orang lain, Ramadan disambut sederhana dan dia memilih untuk meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga.
"Ramadan adalah bulan paling istimewa dan inilah peluang untuk saya memperbaiki diri dan memperbanyakkan amal ibadah kepada-Nya.

Pelakon berusia 25 tahun ini bakal menyambung pengajian di peringkat Sarjana pada September depan. |
"Biarpun ada penggambaran yang perlu dilunaskan namun saya sentiasa
mencari ruang untuk bersama keluarga dan melakukan aktiviti seperti
solat Terawih dan berbuka puasa bersama-sama mereka," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Ummi berkata, pada September depan dia akan kembali menyambung pengajiannya ke peringkat Sarjana dalam bidang Pengurusan Perniagaan.
"Insya-Allah jika tiada halangan saya mahu sambung belajar September ini dan kali ini akan masuk ke universiti di Malaysia sahaja," katanya.

Sumber: mStar