VIDEO: aKSI Untie Cina Vs Mak Guard India Di Waktu Berbuka Puasa...

ALOR SETAR - Sebuah klip video yang memaparkan perbalahan antara seorang wanita dengan pengawal keselamatan wanita yang dimuat naik oleh pengguna Facebook, Mira Aslan Selcouth beberapa hari lalu mula menjadi viral di seluruh negara.

Pada pandangan kami, kejadian ini merupakan antara insiden yang mungkin sehangat kontroversi yang melanda seorang gadis, Kiki dan "streeing lock"nya, sebelum ini.

Menurut sumber, perbalahan antara dua wanita itu dikatakan berpunca daripada isu parkir kereta yang berlaku di Pearl Avenue, Kajang.

Wanita berbansa Cina itu dikatakan telah memarkir kenderaannya di kawasan larangan selepas mengalih dan melanggar kon yang diletakkan di situ.

Akibat daripada tindakan tersebut, dia dikatakan telah ditegur oleh pengawal keselamatan yang berakhir dengan pertikaman lidah.

Sumber mendakwa, wanita Cina terbabit telah menghambur kata cacian berbaur perkauman kepada pengawal keselamatan yang dipercayai berbangsa India itu sebelum ditampar.

Pada mulanya, menerusi rakaman video berkenaan, wanita Cina itu dilihat cuba menampar pengawal keselamatan itu terlebih dahulu namun hanya terkena rambutnya sahaja sebelum dibalas dengan tamparan yang mengena.

Rata-rata pengguna Facebook mengecam tindakan wanita Cina terbabit yang disifatkan bersikap kurang ajar hingga memaksa pengawal keselamatan itu hilang sabar.

Pada pandangan kami pula berkenaan insiden ini, biar pihak polis siasat saja dan biarlah hakim mahkamah yang menghukum seadil-adilnya. Lagipun, siapalah kita untuk menghakimi keadaan itu, bukan? Bukannya kita berada di lokasi kejadian pun... -Kedahnews.com
Viral kan.~Drama berbuka.One Rude chinese Aunty, Indian Security Guard and parking space.Waktu tengah berbuka tadi,...