VIDEO: Awas..! Geng Makcik Kangkang Kembali Mengganas


ALOR SETAR - Mungkin tiada siapa yang menyangka perwatakan wanita bertudung dan lagak ‘emak-emak’ menjadi muslihat dan hanya merupakan "hiasan" di luar untuk mengaburi mata sahaja.

Di Sabah, gelagat sekumpulan empat perempuan bertudung yang dipercayai bersekongkol sesama mereka untuk mencuri di sebuah premis perniagaan berjaya dirakam menerusi sistem kamera litar tertutup (CCTV).

Berdasarkan maklumat yang dimuat naik di laman sosial, kejadian dikatakan berlaku pada 1 Jun lalu, di premis Sportmat, Tawau.

Melalui rakaman, kelihatan suspek menggunakan taktik ‘sorok barang celah kangkang’ dengan menggumpal pakaian sebelum menyelak dan menyumbatnya di dalam baju yang dipakai.


Sejurus selepas itu, dia beredar dan di kedudukan yang sama, seorang lagi rakannya melakukan perbuatan yang serupa, serentak dengan seorang lagi yang lain.

Tiga daripada mereka kemudian beredar keluar dari premis berkenaan.

Dalam sebuah sudut rakaman yang lain, kelihatan seorang wanita membuka kotak dan kemudian menggangkang untuk menyumbat bahan yang dicuri di celah kelangkangnya.

Ia dilakukan berdepan dengan CCTV dan suspek kelihatan ditemani suami dan seorang anak kecil.

Bagaimanapun malang buat suspek yang menggunakan tudung berwarna emas itu apabila selepas barang yang disembunyikan di kelangkang jatuh di hadapan salah seorang pekerja.

Dia kemudian cabut lari manakala teman sejenayahnya yang lain berlagak seolah-olah tiada apa yang berlaku. -Kedahnews.com