VIDEO Kejam 18SG: Budak Disepak Terajang 2 Remaja Berhati Binatang

Bak kata orang Kedah, "Kuajaaaqqq!", itulah istilah yang mungkin sesuai diberikan kepada dua orang pembuli yang bertindak membelasah seorang budak lelaki berbaju kuning sebelum mencucuh rokok di dadanya.

Video tersebut yang telah viral, gara-gara tindakan kurang ajar serta samseng kedua-dua pembuli itu telah menimbulkan rasa geram dan marah ramai pihak di seluruh dunia.

Menerusi video yang dirakam, dilihat dua pembuli tersebut tanpa belas telah menumbuk, menampar serta menendang budak lelaki tersebut di dalam sebuah bilik.

Child-abuse-video (1)

Mereka juga bertindak memijak kepala budak malang itu sebelum mengejarnya di dalam bilik itu dan mencucuh rokok yang dinyalakan di dada mangsa.

Budak lelaki berbaju kuning tersebut dipercayai telah diikat hanya mampu menangis kesakitan serta berada dalam keadaan ketakutan yang amat sangat.


Video tersebut menjadi viral selepas ianya dikongsi di laman facebook oleh seorang pengguna di Vietnam dan ditonton lebih 10 juta kali.

Rata-rata pengguna sosial itu telah mengecam tindakan dua orang pembuli itu serta melahirkan rasa simpati terhadap budak berbaju kuning itu.-Kedahnews.com