VIDEO: Labah-Labah Terperangkap Dalam Pisang?

Bagaimana labah-labah sebesar ini boleh berada dalam pisang?
Selepas menonton video ini, mungkin orang ramai khususnya golongan penggemar pisang akan berfikir beberapa kali sebelum menjamahnya.

Sebuah video yang dimuat naik di laman Youtube pada dua hari lalu telah ditonton oleh lebih 700,000 warga netizen disifatkan agak memualkan setelah melihat seekor labah-labah tiba-tiba keluar dari pisang itu.

Apa yang menjadikan video tersebut sensasi di kalangan pengguna laman sosial anda kena tengok sendiri dan pasti ianya sesuatu yang tidak dijangka sama sekali.

Video tersebut mungkin akan membuatkan penggemar pisang beralih minat kepada buah lain sebagai pengganti selepas ini, kan? -Kedahnews.com