Tidak dinafikan mesti ada di kalangan rakan-rakan kita rakyat Malaysia
yang berfikiran "stereotype" seperti watak lelaki dalam video di bawah ini dan kadangkala wataknya tepat terkena pada batang hidung kita sendiri.
Soalnya, kita mahu mengaku atau tidak sahaja, kan?
Di sebalik kemajuan negara yang semakin membangun dari hari ke
sehari, ada sahaja perkara yang mahu dikomplen oleh rakyat Malaysia itu
sendiri.
Mungkin benar dakwaan yang mengatakan bahawa rakyat Malaysia di zaman lepas merdeka memang suka komplen itu dan ini, serta berpegang pada persepsi yang sebenarnya tidak benar, palsu dan tidak tepat.
Zaman kini sudah jadi kebiasaan buat kita yang gemar mempercayai
bulat-bulat ‘berita’ yang tidak pasti kesahihannya yang sering kali
disebarkan menerusi aplikasi perbualan Whats App dan laman-laman sosial
seperti Facebook, Twitter dan Instagram.
Ianya seakan sudah menjadi satu penyakit di kalangan rakyat Malaysia lewat kebelakangan ini.
Lepas tonton video di bawah harapnya ia dapat memberi pengajaran
kepada anda semua yang gemar merungut dan merendah-rendahkan kualiti
produk anak tempatan. -Kedahnews.com