VIDEO: Nak Tabik Queen Elizabeth, Tertampar Pula Gadis Kecil Yang Comel...

Maisie Gregory
Hanya kerana mahu tabik pada Ratu Elizabeth, seorang askar yang berkawal di Stadium Millenium secara tidak sengaja tertampar seorang kanak-kanak comel yang baru memberikan sejambak bunga pada Ratu England itu.

Disaksikan menerusi sebuah klip video yang sedang viral sejak dua hari lalu, ramai warga netizen yang meluahkan rasa kasihan terhadap kanak-kanak perempuan tersebut.


Maisie Gregory yang berpakaian lengkap tradisional Wales difahamkan telah diberi penghormatan untuk ditugaskan supaya memberi sejambak bunga kepada Ratu Elizabeth sebelum baginda berangkat pulang dari stadium tersebut.

Namun malang bagi kanak-kanak itu apabila dia secara tidak sengaja telah ditampar oleh askar yang sedang bertugas ketika melakukan tabik hormat kepada baginda.

Video tersebut telah viral terutama di laman makro Twitter, dengan rata-rata netizen melahirkan simpati kepada gadis kecil itu.

Kami terbayang, apa akan berlaku jika perkara yang sama terjadi di Malaysia dan kanak-kanak yang tertampar secara tidak sengaja itu adalah anak perempuan kita.

Apa agaknya reaksi kita, kan? Hmmmm... -Kedahnews.com.