Di zaman serba "maju' dan "canggih" ini, anak-anak muda termasuk yang baru setahun jagung mudah sangat bergaduh sudah tanpa mengira masa, jantina atau umur, mahu berlagak bagaikan samseng jalanan.
Malah, bukan sesuatu yang pelik untuk kita menyaksikan video pelajar perempuan bergaduh sesama sendiri di zaman serba "hebat" ini.
Terbaru, sebuah rakaman video berdurasi 2.30 saat yang membabitkan sekumpulan pelajar perempuan tersebar meluas di media sosial.
Video tersebut dipercayai dirakam oleh seorang pelajar lelaki secara
curi-curi di sebuah taman permainan menerusi telefon bimbitnya.
Namun tidak dapat dipastikan punca pergaduhan tersebut.
Namun, tindakan "ekstrim" seorang pelajar perempuan lain melakukan
aksi serangan dengan menendang, menumbuk, menarik rambut, menghempap
badan pelajar itu dan bermacam-macam lagi ini langsung tidak boleh
terima dek akal.
Peliknya, pergaduhan bagaikan ‘wrestling’ turut menerima sorakan
daripada pelajar-pelajar perempuan lain yang turut berada di situ, seolah-olah ‘berpesta’
meraikan pergaduhan itu.
Lebih malang lagi, dari pengamatan Kedahnews.com, pergaduhan tersebut melibatkan anak muda yang beragama Islam dan berbangsa Melayu! Mana kita nak letak muka agaknya?
Bagaimanapun, pergaduhan kembali reda atas bantuan orang awam yang lalu lalang di kawasan berkenaan.
Aksi di dalam video tersebut sekaligus mengundang kemarahan ramai
pengguna media sosial yang mendesak agar pihak berkuasa segera menyiasat
kejadian berkenaan dan mengambil tindakan sewajarnya. -Kedahnews.com