VIDEO: Pesanan Berbuka Puasa Dari Haji Azwan Ali...

Bagaikan menguji kesabaran umat Islam yang sedang berpuasa untuk melakukan dosa memaki seranah Hj Azwan Ali sebagaimana yang selalu lakukan sebelum ini, selebriti kontroversi itu sekali lagi "buat perangai".

Menerusi rakaman video, adik kepada Menteri Besar Selangor, itu seolah mengutuk kafe berkenan, Me’nate Steak Hub, sebagai tempat makan yang tiada class dan murahan.

Dengan nada angkuh, Azwan berpesan supaya tidak berbuka puasa di kafe berkenaan kerana murah berbanding di Hotel Mandarin atau hotel enam bintang yang lain.

“Helo uols, ingat pesanan truly diva AA, jangan berbuka di kedai 'binatang', berbuka lah di Mandarin Oriental ke, hotel 6 bintang ke, tak main berbuka di kedai murah ni, mintak kebulur, minta despedo, ho ho, eeee malunya,” katanya.

Rentetan sehingga tercetusnya hastag #menate di Twitter ini bermula apabila Diva AA bertanyakan tempat yang menyediakan menu steak yang sedap untuk berbuka puasa.

Seorang pengikutnya, Nur Azira Wazi Azman membalas tweet itu dengan menjawab Me’nate.


Azwan tiba-tiba mengamuk dan memaki hamun wanita berkenaan menerusi laman Twitternya dengan pelbagai gelaran memalukan kerana menyangka Me’nate itu bermaksud ‘binatang’ dalam dialek Kelantan.

Kontroversi itu kemudiannya disedari pemilik Me’nate dan mempelawa wanita berkenaan dan keluarganya berbuka puasa secara percuma.

Setelah Diva AA mengetahui hal tersebut, dia dikatakan terus melemparkan tweet yang berunsur cacian kepada pemilik restoran berkenan. -Kedahnews.com