VIDEO: Puteri Balqis Sentuh Jiwa, Buat Anda Menangis Di Ramadhan Ini

Kad Raya Syafiqa
ALOR SETAR - Bila Ramadan menjelma, boleh dikatakan hampir semua saluran televisyen di negara kita akan dipenuhi dengan iklan-iklan tentang kemuliaan bulan tersebut dan begitu juga saat menjelangnya Hari Raya Aidilfitri, kan?

Sebahagian dari iklan-iklan yang dipaparkan mampu menggeletek hati penonton, manakala sebahagian lagi bisa meruntun jiwa, namun pastinya ia mengimbas memori indah ketika musim perayaan.

Tentunya ramai yang masih ingat dengan barisan iklan komersil Petronas hasil arahan Allahyarham Yasmin Ahmad dan iklan syarikat lain seperti TNB, Telekom dan Media Prima, bukan?

Terbaharu, sebuah filem pendek yang diterbitkan oleh PTS Media Group bersempena hari raya mula mencuri perhatian warga netizens, apatah lagi ia ditunjangi pelakon cilik berbakat, Putri Balqis.

Filem pendek berjudul Kad Raya Syafiqa itu diarahkan oleh Khairul Azwan dan berkisarkan kehidupan seorang murid bernama Syafiqa dan gurunya, Cikgu Hayati.

Jujurnya, kami yakin bahawa sesiapa menonton filem pendek berdurasi 11:12 saat ini, mereka mungkin tidak mampu menahan diri dari tersentuh jiwa dan mungki ada yang akan mengalirkan air mata gara-gara terlalu sedih.

Bukan sekadar keberkesanan lakonan yang dibawa oleh adik Putri Balqis, namun temanya yang begitu sinonim dengan hari raya amat menyentuh hati, lebih-lebih lagi buat individu yang tidak dapat pulang ke kampung.

Tahniah buat adik Putri Balqis, para pelakon filem pendek tersebut dan produksi Kad Raya Syafiqa! 

Buat yang hendak menonton filem ini, mungkin anda perlu sediakan tisu awal-awal. -Kedahnews.com