VIDEO VIRAL: Lelaki "Jelmaan" Mengamuk, Suruh Wanita Buka Tudung


ALOR SETAR - Viral di laman-laman sosial mengenai sebuah klip video yang dipercayai dirakam dan dimuat naik seorang lelaki "jelmaan" memaki hamun seorang wanita bertudung dan anak perempuannya baru-baru ini.

Berdasarkan leteran suaranya, ia dipercayai berpunca daripada tindakan wanita terbabit yang dikatakan berkata sesuatu tentang diri lelaki "jelmaan" tersebut sebelum video berkenaan dirakam.

“Ni la ######k tudung hitam dengan baju pink ni.. dahla tak cantik, buruk.. ada hati nak kata aku yang cantik jelita ni? Tudung tu bukak haram ####h!” katanya sambil mengacukan kamera telefon bimbitnya ke arah dua beranak tersebut.


Tidak dinafikan, mungkin ada di kalangan masyarakat kita yang agak melampau dan memandang golongan yang dirasakan "sesat" oleh mereka hingga tergamak "berdakwah" dengan cara yang menyakitkan hati dan kurang berhemah.

Pun begitu, Kedahnews.com berpandangan bahawa itu bukanlah tiket untuk membalasnya dengan perbuatan keji memaki hamun orang lain sesuka hati kerana Islam juga melarang kita untuk berbuat demikian, bukan?

Sewajarnya, pihak yang menegur perlulah mencari jalan yang baik untuk menegur sesama insan yang lain, manakala pihak yang ditegur pula perlulah berlapang dada dalam menerima teguran tersebut.

Firman Allah SWT di dalam surah An-Nahl, ayat 125 yang mafhumnya;
"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik, dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik." (Surah An-Nahl, ayat 125)
Justeru itu, maka sewajarnya kita menyambut dan patuh pada firman Allah SWT itu dan bersedia untuk mengubah sikap kita ke arah yang lebih diredhai, insyaAllah. -Kedahnews.com