KISAH cinta tanpa sempadan sepasang kekasih yang tinggal di Kota
Bharu, Kelantan dan Newcastle, London telah menyentuh hati ramai rakyat
Malaysia selepas ianya dijadikan sebuah filem pendek oleh Syarikat
Penerbangan Malaysia (MAS).
Kisah Aadil Marzani dan Nik Nurul Athirah bertajuk Home – #LundangtoNewcastle yang dimuatnaik di laman YouTube hujung bulan lalu, kini mencecah views lebih 1.3 juta.
Ironinya, Lundang adalah bahasa daerah bagi menyebut perkataan London
manakala New Castle apabila diterjemahkan menjadi “Kota Baru”.
Aadil mula jatuh hati kepada Athirah selepas menyaksikan gadis
tersebut buat kali pertama semasa majlis graduasinya di Trinity College,
Dublin.
Sejak itu dia mula mendekati Athirah menerusi Facebook sebelum
memutuskan untuk membawa hubungan mereka ke peringkat lebih serius.
Aadil yang merupakan kelahiran London dan kini bekerja sebagai
jurutera di sana, bakal menikahi gadis idamannya itu yang bekerja
sebagai doktor di Hospital Kota Bharu, Ogos ini.
Jom saksikan video kisah Aadil dan Athirah yang membuktikan, jarak tak mampu membataskan sebuah cinta sejati.