VIDEO: Wanita Cuba Kenakan Teman Lelaki Terima Padah


Seorang wanita yang cuba mengenakan prank terhadap teman lelakinya ini akhirnya menerima ‘padah’ semula apabila teman lelakinya itu kenakan wanita itu kembali sehingga menangis.

Dia yang cuba menipu teman lelakinya dengan memberitahu kononnya dia telah mengandung terkejut dengan reaksi teman lelakinya itu.

Hakikat sebenar, teman lelakinya telah mengetahui rancangan jahatnya itu dan telah bertindak untuk kenakan semula wanita itu.

Malah teman lelakinya menuduh wanita berkenaan telah mengandungkan anak lelaki lain ekoran mendakwa dirinya tidak mampu mengandungkan seorang wanita gara-gara satu insiden kemalangan yang menjadikan dirinya seorang lelaki "mandul.

Memang bijak dan pandai teman lelakinya berlakon, sampai menangis wanita itu dibuatnya, video yang dimuat naik di laman Youtube itu telah meraih lebih 12 juta tontonan.-Kedahnews.com