Filem seram, Misteri Mak Lampir |
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar sekali lagi
mencetuskan sensasi ketika sidang Parlimen pada Isnin lalu apabila
mensasarkan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin.
Dalam satu kenyataannya ketika itu, Bung berkata, wajah Zuraida
menyerupai ‘hantu’, sambil merujuk kepada dakwaan dari laman sosial.
Tak lama selepas itu, ungkapan tersebut mendapat perhatian ramai
pihak yang menuduh suami kepada aktres Zizie Ezette itu sebagai seksis.
“Ada orang cakap di laman sosial wajah Zuraida macam Mak Lampir,” kata Bung yang dipetik dari laman FMT.
Kenyataan tersebut diucapkan setelah Bung cuba menegur Zuraida kerana dikatakan membuat ucapan yang disifatkan terlalu ganas.
"Saya bimbang, saya tengok laki dia di rumah takut macam ini keadaan," katanya lagi.
Setelah itu, Bung mempertahankan kenyataan yang terbit dari mulutnya
sambil menyifatkan tindakan tersebut dibuat kerana kasihan dengan nasib
suami Zuraida.
“Saya ikhlas menegur, kerana laki dia menderita perangai dia macam tu,” jelasnya.
Lanjutan daripada kontroversi berkenaan, sekumpulan 50
orang wakil Wanita PKR berkumpul di hadapan bangunan Parlimen hari ini bagi
menggesa Bung digantung kerana didakwa menghina Zuraida.
Difahamkan bahawa himpunan itu berpindah lokasi pula kemudiaannya di hadapan kediaman Bung Mokhtar di Ampang.
Difahamkan bahawa himpunan itu berpindah lokasi pula kemudiaannya di hadapan kediaman Bung Mokhtar di Ampang.
Protes tersebut dikepalai oleh Timbalan Ketua Wanita, Haniza Talha yang mencabar Bung untuk bersemuka dengan mereka.
“Kita dapat tahu Bung ada lalu sebentar tadi… tapi beliau tidak berani turun.
“Saya cabar beliau turun bersemuka dengan kita,” ujar Haniza yang dipetik dari The Malaysian Insider.
Difahamkan bahawa Zuraida turut muncul di lokasi wanita-wanita itu berhimpun.