Warga Isreal Lolos Masuk, Sampaikan Ceramah Di Pulau Pinang?

Peter Tsukahira
Umumnya masyarakat di seluruh dunia sudah tentu maklum tentang pendirian dan pendekatan negara kita, Malaysia, yang menolak hubungan dengan rejim Israel yang menjajah Palestin.

Apatah lagi rakyat di negara ini yang kalau dengar saja nama Israel, mahu dipijak-pijaknya bendera negara rejim tersebut, bukan?

Malaysia sebagai negara Islam sebelum ini secara konsisten mengutuk kekejaman berterusan Israel terhadap Palestin sejak sekian lama, malah negara kita sehingga kini masih enggan mengiktiraf Israel sebagai negara yang sah.

Justeru itu, ekoran tidak menjalin sebarang hubungan diplomatik dengan negara Zionis itu, maka rakyat Malaysia tidak dibenarkan memasuki Israel dan begitulah sebaliknya, kecuali atas sebab-sebab khas.


Namun, agak menghairankan apabila dilaporkan tentang kelibat seorang warga Israel dikatakan telah berjaya loloskan diri dan menyampaikan ceramahnya di Georgetown, Pulau Pinang baru-baru ini.

Lelaki berkenaan yang heboh diperkata di laman sosial itu dikenali sebagai Peter Tsukahira dan menyampaikan ceramahnya yang bertajuk“What Does Israel Have To Do With The End Time And How Can We Prepare?” di seminar bertajuk Thy Kingdom Come, Welcoming The New Jerusalem.


Beberapa laman media sosial semalam melaporkan bahawa Peter Tsukahira yang merupakan kacukan Jepun-Amerika adalah anak seorang Diplomat Amerika yang kini berstatus warganegara Israel.

Bagaimanapun, Kedahnews.com tidak dapat mengesahkan laporan yang dipetik dari beberapa media sosial ini dan laporan ini ditulis berdasarkan poster yang tersebar di atas serta hasil carian kami.

Namun sekiranya perkara ini benar-benar berlaku, diharapkan pihak berkuasa seperti Imegresen dan PDRM dapat memberi pencerahan sewajarnya tentang isu ini ekoran ia sedang hangat diperkata di laman-laman komunikasi sosial dan meresahkan ramai pihak. 

Lagipun, agak menghairankan bagaimana seorang lelaki yang dikatakan memiliki pasport Israel, masuk ke Malaysia dan menyampaikan ceramah tentang kehebatan Israel, bukan?

Namun jika tidak benar, maka abaikan saja isu ini dan risalah tersebut mungkin sengaja disebarkan oleh pihak tak bertanggungjawad. -Kedahnews.com