Yunalis Zarai |
ALOR SETAR - Meskipun berjaya menempa nama ke pentas bertaraf dunia, tiada siapa
pernah menduga keperitan yang pernah dilalui bintang kelahiran Malaysia
Yunalis Zarai atau mesra disapa Yuna.
Berkongsi kisah kepada Newsweek baru-baru ini, Yuna mendedahkan bahawa dia pernah diminta pihak tertentu supaya menanggalkan tudungnya ketika awal penglibatan di dalam bidang nyanyian di luar negara.
Walaupun begitu, ekoran nekad dengan pendiriannya sebagai gadis Islam yang berhijab, Yuna memilih untuk tidak berbuat demikian.
“Ketika di awal karier saya, ketua syarikat rakaman pernah memberitahu saya – kamu mungkin perlu menanggalkan tudung
– tapi tudung ialah identiti saya. Saya telah diminta untuk tanggalkan
apa yang merupakan sebahagian dari hidup saya supaya boleh melakukan apa
yang saya suka.
“Dan pada waktu itu, saya fikir saya perlu melakukan pengorbanan ini. Perlahan-lahan, saya belajar untuk mengatakan – tidak, inilah diri saya. Ini identiti saya dan saya mahu meneruskannya,” kata Yuna dalam kenyataan tersebut.
Dalam perkembangan terbaru, Yuna difahamkan bakal membuat persembahan di WOW –
Women of the World Festival di Harlem, New York pada 11 sehingga 14 Jun.
Tahniah Kedahnews.com ucapkan kepada Yuna kerana berjaya mempertahankan maruahnya
sebagai seorang wanita muslimah dan nama baik Malaysia sebagai sebuah negara Islam, sekaligus menolak anasir-anasir jahat
yang cuba mengubah dirinya.
Semoga Yuna terus berjaya dalam karier dunia seni yang diceburi. -Kedahnews.com