ALOR SETAR - Pelawak terkenal, Zizan Razak mendoakan kebahagiaan bekas kekasihnya, Emma
Maembong dengan pelakon lelaki, Kamal Adli, yang dikaitkan rapat dengan aktres itu
kini.
“Mungkin
itu yang lebih baik untuk dia, saya doakan dia dan Kamal bahagia sampai
ke anak cucu. Saya dan Kamal tidak ada apa-apa masalah,” kata Zizan menerusi program Melodi, semalam.
Dalam pada itu, Zizan menafikan dakwaan bahawa namanya kini
digugurkan sebagai duta produk gergasi akibat reputasinya yang semakin
merudum disebabkan gosip-gosip liar yang melanda.
“Perkara ini mudah saja. Ini macam ujian untuk saya. Allah nak
tengok, masa susah dia ingat tak, masa senang ingat dia tak. Buat masa
sekarang, semuanya berjalan lancar dan ketika ini saya masih terima
banyak lagi tawaran,” katanya lagi.
Apapun, kami mendoakan moga-moga karier seni Zizan selepas ini dapat kembali menyinar seperti zaman kegemilangannya sebelumnya.
Kedahnews.com juga berharap agar Zizan tidak mudah menyerah kalah serta semakin matang dengan adat resam dunia artis yang ada masa naik dan ada masa turun.
Yang penting, beliau perlu terus mantapkan kerjaya dan bak kata trademark Melodi, "tingkatkan prestasi kurangkan kontroversi", kan? -Kedahnews.com