1MDB: "Mat Despatch" Yang Terbaru Ditahan Bantu Siasatan


Selepas menahan reman beberapa individu termasuk dua bergelar "Datuk", pihak berkuasa dalam siasatan kes penyelewengan 1MDB dilaporkan telah menahan seorang lelaki yang bertugas sebagai penghantar surat turut menerima nasib sama.

Difahamkan bahawa penahanan tersebut dibuat adalah berhubung akaun SRC International Sdn Bhd iaitu satu entiti yang dikaitkan dengan syarikat pelaburan strategik negara.

Memetik laporan dari sebuah portal, suspek yang berusia 27 tahun itu ditahan di kediamannya di Bentong, Pahang kira-kira jam 6.30 petang semalam oleh sepasukan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perintah reman kemudiannya dikeluarkan oleh Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman di Mahkamah Majistret Putrajaya mengikut Seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009.

Penahanan tersebut merupakan yang kelima dibuat oleh pihak berkuasa dan dikatakan mempunyai kaitan pemilik syarikat perdagangan yang diberkas Khamis lalu. -Kedahnews.com