30 Kali Gagal Interview, Kini Dia Antara Yang Terkaya Di China!

Sekiranya kita sedang mengalami saat kejatuhan dalam hidup, jangan sesekali menganggap masa depan anda sudah berakhir.

Apa kata anda jadikan kisah salah seorang lelaki terkaya di China merangkap pengasas portal jual beli online terkenal, AliBaba.com iaitu Jack Ma, 50, sebagai panduan.

Bayangkan, beliau merupakan pelajar yang corot dalam ujian Matematik sehinggakan ada sekolah yang tidak mahu menerimanya sebagai pelajar.

Bukan itu sahaja, dia merupakan satu-satunya calon yang gagal daripada 24 calon yang memohon bekerja untuk restoran KFC di Hangzhou, Timur China.

Lebih menyedihkan,beliau juga gagal dalam kesemua 30 temuduga yang dihadirinya.
Bagaimanapun, Jack Ma bukanlah jenis orang yang mudah berputus asa.

Bagi memperbaiki bahasa Inggerisnya, beliau menebalkan muka untuk bergaul dengan pelancong asing selama sembilan tahun.

Gagal 30 Temuduga, Kini Beliau Antara Lelaki Terkaya Di China...

Akhirnya, Jack Ma berjaya mendapat pekerjaan sebagai guru bahasa Inggeris.

Pemikirannya semakin luas sewaktu bekerja di Amerika Syarikat pada tahun 1995 dan beliau mendapati tiada langsung informasi mengenai negaranya di internet.

Justeru, sekembalinya ke China, dia menubuhkan AliBaba.com dengan modal sekitar RM196,260 dengan bantuan beberapa rakan.

Gagal 30 Temuduga, Kini Beliau Antara Lelaki Terkaya Di China...

Pada tahun 2012, dua portal di bawah syarikat itu berjaya memperolehi keuntungan jualan lebih RM90 bilion.

Jack Ma berundur dari jawatan CEO pada tahun 2013 dan kini memegang jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif. Salute! -Kedahnews.com