Mungkin sebelum ini ada yang berpandangan bahawa kaum lelaki sebenarnya pantang nampak wanita di sekeliling mereka pasti akan menggatal dan tanggapan tersebut dikatakan telah berkembang menjadi persepsi umum terhadap kaum Adam.
Namun mohon jangan silap dengan membuat kesimpulan semua lelaki ada sama. Sebenarnya, tidak semua lelaki begitu. Pandang tidak bermaksud suka, mungkin mudah tertarik tapi dikatakan sangat susah untuk terpikat.
Namun ada sumber menyatakan, tujuh perkara pelik ini sebenarnya mampu menarik perhatian lelaki terhadap kaum wanita.
Benarkah kenyataan tersebut? Cuba baca dan lihat 7 perkara pelik yang tersenarai di bawah. Mungkin ia boleh
dijadikan tips terbaru untuk para isteri untuk memikat semula suami mereka yang bermata keranjang, kan?
Berikut adalah 7 perlakuan kaum Hawa yang tidak disedari mampu menarik perhatian kaum Adam. -Kedahnews.com
1. Wanita yang berkaca mata.
Sumber: Instagram Nora Danish |
Wanita yang berkaca mata dipercayai lebih menarik perhatian kaum
adam. Ramai lelaki menyatakan pasangan mereka kelihatan menawan dengan
kaca mata.
Jadi, sudah tiba masa wanita yang berkaca mata di luar sana
singkirkan penggunaan contact lens dan kembali gunakan kaca mata. Mungkin anda akan nampak jodoh dengan lebih jelas!
2. Loghat ketika bercakap
Sumber: Instagram Rozita Che Wan |
Anda tidak perlu berdarah kacukan atau campuran untuk disukai. Loghat
ketika bercakap bergantung pada asal-usul sudah memadai untuk
mencairkan hati lelaki. Apa yang penting yakin!
Mungkin lelaki mendapati
wanita yang menjadi dirinya sendiri jauh lebih seksi daripada wanita
yang tidak punyai identiti sendiri.
3. Tuala di kepala
Satu lagi benda pelik yang dikatakan menarik perhatian lelaki adalah
tuala di kepala wanita selepas mereka mandi. Pelik kan?
Tapi itu tidak
mustahil kerana mungkin ada perkara yang menampakkan wanita itu lebih
menawan selepas mandi.
4. Lihat wanita bersolek
Wanita yang bersolek di hadapan lelaki boleh menarik perhatiannya.
Kenapa? Lelaki mungkin akan kagum dengan skil serta kehebatan wanita
menghias diri mereka. Tapi janganlah sampai terlebih solek pula ok!
5. Apabila wanita bersenam
Sumber: Instagram Sharifah Sakinah |
Lelaki dikatakan gemar melihat wanita bersenam dan mengeluarkan
peluh.
Mungkin kaum hawa merasakan diri mereka agak selekeh serta
melekit ketika itu tapi kaum lelaki mendapati wanita lebih seksi semasa
melakukan senaman. Jadi, rajin-rajinlah bersenam.
6. Memakai pakaian corak celoreng atau corak askar
Ya.. lelaki mendapati wanita dengan pakaian corak celoreng sangat
menawan. Mungkin menampakkan sedikit sisi ganas dan kasar namun tetap
feminin. Jadi, tidak semestinya wanita yang memakai skirt pendek sahaja boleh menarik perhatian lelaki ya!
7. Memakai baju suami atau boyfriend (Baju lelaki)
Berpakaian tidak kemas atau messy look juga mendapati boleh menarik perhatian kaum lelaki. Kepada wanita yang sudah bersuami, cubalah trick ini dan lihat bagaimana reaksi mereka.
Sememangnya wanita dengan pakaian lelaki juga adalah trend dan ianya akan menampakkan mereka lebih trendy dan stylish.