80 Cedera Termasuk Wanita Hamil Patah Kaki Gara-Gara Tikus Dalam Masjid!

Rabat - Seekor tikus mencetuskan panik dan huru-hara dalam sebuah masjid di Casablanca menyebabkan lebih 80 orang, kebanyakannya wanita, cedera.

Agensi berita Maghribi, MAP, melaporkan kejadian itu berlaku di Masjid Hassan II di sini, yang sesak ketika solat Tarawih semalam.

Seramai 81 orang, kebanyakannya wanita, cedera ringan, termasuk patah tulang atau pengsan.

Anggota paramedik berusaha merawat mereka yang cedera. Foto Morocco World News
Panik tercetus selepas seorang wanita yang terkejut dengan kehadiran tikus menyebabkan ramai jemaah wanita lain turut terkejut dan menjerit.

Antara yang cedera ialah seorang wanita hamil yang patah kaki. - AFP