Nampaknya seolah bersambung-sambung pula isu demi isu yang melanda Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan, yang dikatakan masih mengekalkan rekod sebagai menteri paling banyak diperkatakan.
Semalam, beliau menjadi kritikan ramai setelah didakwa mengeluarkan kenyataan seolah-olah mempertikaikan rungutan masyarakat tentang kenaikan harga minyak sedangkan pada masa sama, masih beratur untuk membeli hidangan KFC.
Namun tidak menunggu lama selepas status di laman sosial Facebook itu diviralkan, Ahmad tampil di medium Twitter menepis kenyataan tersebut ditulisnya.
Baru saja "sejuk" isu tersebut, Ahli Parlimen Pontian itu sekali lagi menjadi buah mulut warga netizen apabila mengeluarkan kenyataan yang tidak dipersetujui ramai.
Dalam satu laporan dari Astro Awani, Ahmad telah membuat anggaran penggunaan minyak oleh sesebuah kenderaan berdasarkan nilai pendapatan individu di Malaysia.
Berdasarkan satu gambar yang disebarkan di media sosial, Ahmad dikatakan membuat bajet penggunaan minyak sebanyak RM132 sebulan bagi pengguna yang bergaji RM3,000 ke bawah sebulan. Manakala bagi yang bergaji RM5,000 ke atas pula, mereka menggunakan RM375 sebulan bagi mengisi tangki minyak.
Rata-rata pengguna yang berkongsi "fakta" tersebut meluahkan amarah dan kritikan terhadap Ahmad Maslan kerana anggaran penggunaan minyak yang dibuatnya dianggap pandangan cetek tanpa asas yang kukuh.
Kalau ikut logik akal pun, bajet tersebut boleh disimpulkan sebagai lompong kerana ia hanya bajet untuk kelompok tertentu yang tidak menggunakan kenderaan sebagai pengangkutan utama.
Cuba fikir kalau seseorang hendak pulang ke kampung, melunaskan kerja di luar kawasan ataupun terpaksa menghadap kesesakan lalu lintas setiap hari. Adakah bajet tersebut tetap relevan untuk diaplikasikan kepada mereka?
Malah, ada segelintir yang menyifatkan retorik tersebut hanya untuk menutup keputusan kerajaan menaikkan harga minyak 1 Julai lalu. Benarkah persepsi tersebut?
“Gila ka apa ni menteri? Sumber mana dia dapat ni, hasil kajian 3.85 dia ka? Makin lebar mulut dia tu nanti, asyik cakap dari fakta yang tidak betul. Saya outstations setiap bulan, penggunaan ron95 sy rm500 – rm700 oh sebulan. Belum lagi orang lain.
“Come on la, fakta mana rm132 ni?” tulis pemilik akaun Facebook, Freddy Au.
Kami sendiri tidak pasti bagaimana Ahmad Maslan membuat kira-kira atau dari mana sumber yang dirujuk beliau. Namun jelas pada kami bahawa angka tersebut amat jauh dari harga sebenar yang perlu dibayar orang ramai.
Ramai faham niat dia hanya untuk membantu menjernihkan keadaan dan menenangkan keresahan rakyat terhadap kenaikan harga minyak baru, tapi sayangnya, ia hanya seperti tikus membaiki labu, kan? -Kedahnews.com