Aidilfitri: Kaunter JPN Seluruh Negara Tutup Mulai Jumaat Hingga Ahad

Gambar Hiasan
PUTRAJAYA – Semua kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak akan beroperasi mulai Jumaat ini hingga Ahad sempena Hari Raya Aidilfitri.

Menurut kenyataan JPN di sini hari ini, semua kaunter jabatan itu akan beroperasi semula pada 20 Julai.

Orang ramai yang mempunyai pertanyaan boleh menghubungi pejabat perkhidmatan pelanggan di talian 03-88808203/7077/7071/7067. – BERNAMA