Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir |
ALOR SETAR – Kakitangan kerajaan negeri turut menikmati bonus RM500 sempena Aidilfitri ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata bonus kepada
kakitangan gred N54 ke bawah itu telah diberikan bersama gaji bulan
lalu.
“Kita ikut seperti yang diumumkan kerajaan persekutuan, kita juga beri RM500,” katanya kepada pemberita.
Beliau menyampaikan bantuan Ramadan Yayasan Prihatin Rakyat Kedah
(YPRK) kepada anggota dewan undangan negeri Barisan Nasional untuk
diagihkan kepada rakyat.
Mukhriz berkata peruntukan bagi pembayaran bonus tersebut tersedia
dalam Bajet Negeri 2015 yang dilakukan sejak beberapa tahun lepas.
Pada majlis itu, syarikat Cenviro Sdn Bhd yang menguruskan sisa
pepejal di Kedah menyumbang RM1 juta kepada YPRK menerusi program
MyKasih Foundation.
Ia untuk diagihkan kepada 7,200 penerima di 36 kawasan Dewan Undangan Negeri. – BERNAMA