Akhirnya Aziz Bari Buat Keputusan Sertai DAP Hari Ini

Bekas Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa, Dr Abdul Aziz Bari
Bekas Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa, Dr Abdul Aziz Bari, yang sebelum ini digembar-gembur menjadi lidah pembangkang mengejutkan ramai pihak apabila beliau menjadi individu berbangsa Melayu terbaru menyertai DAP.

Tidak mengendahkan pengalaman berpuluh tahun bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim yang keluar parti ekoran agenda parti itu yang dikatakan mempunyai agenda jahat terhadap Islam dan Melayu, Aziz Bari pula beranggapan sebaliknya. 

"Saya memilih DAP kerana merasakan parti ini menyediakan ruang kepada saya untuk berkhidmat. Saya tertarik dengan prinsip keterbukaan, meritokrasi dan ketelusan DAP," katanya dalam satu kenyataan.

Selain itu, Dr Abdul Aziz menjelaskan bahawa beliau memilih DAP berdasarkan pengalamannya bekerja dengan DAP ketika berkhidmat dengan beberapa orang rakannya di Institut Pulau Pinang.

Pelantikan beliau dibuat oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Dr Abdul Aziz turut menegaskan hasrat beliau menyertai DAP adalah semata-mata untuk memberikan sumbangan dan tidak meminta sebarang jawatan di dalam parti berkenaan.

Pengumuman tersebut dibuat Dr Abdul Aziz dalam sidang media yang dihadiri tokoh terkemuka DAP di ibu pejabat parti itu seperti Penasihat DAP, anaknya, Lim Kit Siang, Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua dan sasterawan negara, A. Samad Said. -Kedahnews.com