Ayah ARKA, Abdul Rani Kulup Abdullah |
"Diva" yang semakin pudar "diva"nya, Azwan Ali petang semalam dilapor telah memohon
maaf kepada mana-mana pihak yang tersinggung dengan rentetan tweet
darinya berhubung kes salah faham dalam isu steak dengan salah seorang
peminatnya baru-baru ini.
Kenyataan maaf itu dibuat melalui salah satu akaun sosial miliknya
selepas diberikan amaran oleh Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan
Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah.
“Azwan Ali perlu sedar diri yang dia itu pun orang Melayu. Dia hina
orang Melayu, dia sendiri pun keturunan Melayu juga. Dia perlu minta
maaf atas apa yang dia buat.
“Ayah bagi tempoh masa seminggu untuk dia berbuat demikian, sekiranya
dia masih gagal untuk minta maaf, ayah akan lapor pada pihak berkuasa.
‘Sangkut’ dia nanti,” ujar Abdul Rani atau lebih dikenali dengan
panggilan Ayah Arka.
Memetik laporan media, Rani Kulup berkata, tempoh seminggu itu
juga diberikannya memandangkan kini bulan Ramadan. MJMM sebuah badan
bukan kerajaan yang sentiasa kehadapan dalam isu-isu Melayu dan
Raja-raja Melayu dengan membuat laporan polis supaya tindakan
mengenainya boleh diambil pihak berkuasa.
“Dia tidak boleh kata Melayu itu anjing, Melayu neraka. Itu salah.
Itu dikira menghina orang Melayu. Ayah bagi kelonggaran sikit sebab ini
bulan puasa. Hari baik, bulan baik. Kalau tidak, sudah lama ayah lapor
polis!
Kalau minta maaf pun, itu bukan satu perkara yang hina,” tambahnya lagi.
Berikutan amaran berkenaan, Azwan Ali tampil memohon maaf.
Berikut kenyataan dari Azwan Ali.
Bagaimanapun, jika diamati, permohonan maaf Azwan Ali dibuat secara umum dan masih bersifat menyalahkan orang lain.
Kalau dah ego memang sukar.
Kontroversi terbaru melibatkan Azwan Ali bermula apabila dia memaki
seorang gadis yang memperkenalkan sebuah restoran steak kepadanya.
Azwan yang menggelar dirinya Diva AA pada mulanya meminta cadangan
lokasi restoran yang kurang dikunjungi ramai Melayu untuk menikmati
hidangan steak menerusi akaun Twitternya.
Tweetnya itu turut mendapat respons dari seorang pengikutnya, @NurAziraWA yang secara ringkas menjawab ‘menate’.
Selebriti dan bekas hos televisyen itu yang tersalah tafsir jawapan tersebut terus menyerang dan menghina wanita berkenaan.
“… bertudung paling binatang #menyalak real anjing! #puiii puashati tak …?,” tulis Azwan.
Namun, @NurAziraWA tidak cepat melatah dan menjawab bahawa dia hanya
merujuk sebuah restoran yang diberi nama ‘Menate’ dan bukan mengutuk.
“Maksud saya Steak House Menate,” jawabnya.
Salah faham itu mendapat pelbagai reaksi dari netizen lain selepas
‘screen shot’ perbualannya dengan selebriti itu menjadi viral di media
sosial. -Kedahnews.com