Aksi Terlampau 3 Gadis Melayu Bertudung Litup Di Aidilfitri?

Setahu kami, motorsikal dicipta sebagai kenderaan bagi memudahkan penggunanya bergerak dari satu tempat ke satu tempat, lebih kurang sama seperti kereta, van, kereta api, kapal, kapal terbang dan lain-lain lagi.

Tidak pula terlintas di fikiran waras norma manusia bahawa motorsikal dicipta untuk merempit, berlumba di jalanraya, meragut, melakukan aksi-aksi sarkas seperti "willie", "superman" dan sebagainya.


Paling tidak terlintas di fikiran Kedahnews.com ialah apabila motorsikal dijadi sebagai bahan menunjukkan aksi sempena Aidilfitri oleh gadis-gadis Melayu Islam bertudung litup dengan berdiri di atas motorsikal kategori "superbike"!

Tidak dapat dikenal pasti tentang motif sebenar mereka bergambar dengan aksi demikian, namun gambar-gambar mereka yang dipercayai berbaju raya itu sedang viral tersebar di laman-laman sosial.


Tertanya juga apakah mereka bergambar dengan aksi itu semata-mata untuk menarik perhatian atau mencari "glamour" apabila dimuat turun di laman-laman internet?

Timbul juga persoalan tentang keaslian gambar berkenaan atau ia hanyalah sekadar gambar yang sudah diubah suai seperti yang dilakukan terhadap dokumen 1MDB?

Apa pandangan anda? Apa motif sebenar anak-anak gadis tersebut? -Kedahnews.com