"Amoi" Tampar Salam Pegawai Melayu? Ini Yang Berlaku Sebenarnya!


Baru-baru ini kecoh dikatakan seorang "amoi" yang bekerja sebagai peniaga di Plaza Low Yat dikatakan telah menyambut salam seorang pegawai Melayu dengan reaksi biadap, kononnya dia menampar salam pegawai berkenaan.

Ekoran masih lagi terasa bahang insiden kekecohan di plaza berkenaan dan mungkin ditambah pula dengan "rencah" sentimen perkauman, "amoi" tersebut teruk dikecam ramai pihak, khususnya warga netizen berbangsa Melayu.

Namun, berdasarkan sebuah video yang kami terima, reaksi "amoi" tersebut tidaklah seburuk yang digembar-gemburkan di laman-laman sosial sebelum ini.

Malah jika diteliti, apa yang berlaku adalah bertentangan dengan apa yang didakwa.

Demikianlah Allah SWT menunjukkan kebenaran dan iktibar kepada kita semua rakyat Malaysia yang hidup berbilang agama, etnik, budaya dan adat resam supaya tidak terlalu cepat sangat melatah tentang suatu dakwaan selagi belum terbukti kesahihannya.

Sila tonton sendiri rakaman video di bawah: -Kedahnews.com

Haaaa.. tu laaa... hari tu kata macam-macam kat amoi ni... sekarang lagu mana? Tengok video ni betul-betul.. P/s: "Percaya" la sangat dengan laman sosial zaman sekarang ni.. hmmmm...
Posted by Kedahnews.com on Thursday, July 23, 2015