Gambar Hiasan |
JERAI – Tiga pelajar melecur dalam kebakaran membabitkan asrama kediaman sebuah maahad tahfiz di Jalan Gunung, dekat sini, awal pagi semalam.
Kejadian kira-kira jam 3 pagi ketika semua pelajar termasuk tiga mangsa sedang tidur.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat daerah berkata, sepasukan 15 anggota dengan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Guar Chempedak dikejarkan ke lokasi.
Katanya, mereka berjaya memadamkan kebakaran membabitkan asrama pelajar dan sebuah khemah berdekatan yang diperbuat daripada kanvas, zink dan kayu itu.
“Akibat kejadian itu, tiga pelajar maahad tahfiz berkenaan berusia antara 10 dan 15 tahun tercedera dan melecur, sebelum mereka dihantar ke Hospital Yan.
“Keadaan masing-masing dilapor stabil,” katanya.
Sumber: Berita Harian