"Awek" Cun Terima "Hidayah", Ayu Bertudung Litup Lepas Kemalangan


Masih ingat seorang "awek" cun yang tiba-tiba popular dan sensasi di internet apabila gambar wajah ayunya tersebar menerusi aplikasi WhatsApp sekitar April tahun lalu?

Gambar-gambar itu dijadikan gurauan kerana individu tersebut sebenarnya merupakan seorang lelaki, jika dirujuk pada kad pengenalannya.

Susulan insiden tersebut, ramai yang berminat untuk mengenali lebih lanjut tentang Princess Nur Bidadari atau Nur Sajat hingga popularitinya mula mencanak.

Justeru itu, Tidak hairanlah jika Nur Sajat mempunyai peminat tersendiri malah pengikut Instagramnya mengalahkan sebilangan artis tanah air, melebihi 43,000 followers!

Terbaru, Nur Sajat mengejutkan peminatnya apabila terlibat dalam satu kecelakaan jalanraya dua minggu lalu, sebelum Aidilfitri.

Nur Sajat kemalangan
Ramai yang mendoakan kesihatan Nur Sajat kembali pulih ekoran kemalangan tersebut dan tidak kurang juga insiden malang yang menimpa dirinya dijadikan bahan untuk menasihati Nur Sajat agar kembali ke pangkal jalan.
Nur Sajat diziarahi sahabat-sahabatnya yang juga "awek" cun belaka sepertinya...
Ternyata doa mereka "dimakbulkan", kerana selepas kemalangan tersebut Nur Sajat bertambah ayu jelita mengenakan tudung..!

Susulan itu, ada yang mengkritik tindakan Nur Sajat ini namun lebih ramai lagi, memuji kecantikannya yang nampak lebih ayu.

Ada juga yang menghentam kembali mereka yang mengata Nur Sajat dengan memberikan hujah, ianya antara dia dengan Allah SWT.


Apa pun kami berkongsikan cerita ini kerana Nur Sajat adalah salah seorang ikon popular di laman maya dan mempunyai puluhan ribu peminat yang tersendiri. 

Bagaimanapun, mana yang baik dan buruk, maka pandai-pandailah mereka fikirkan sendiri. Pada Kedahnews.com, kami hanya mampu mendoakan agar Allah SWT memberi hidayah kepada kita semua. -Kedahnews.com