Azwan ketika mengerjakan umrah pada tahun 2009 dulu... |
Meskipun mungkin menyedari dirinya teruk dikritik majoriti warga netizen Malaysia yang waras, nampaknya selebriti kontroversi, Haji Azwan Ali tetap positif menghadapinya dan membayangkan dia merupakan seorang "diva yang hebat".
Lebih "menarik" lagi, Haji Azwan tetap mendakwa berbilion lagi peminat yang masih kental menyokongnya dari belakang untuk kekal popular.
"SLM. HEBAT NYA DIVA AA ! BILLIONZZZ TERUS SOKONG DIVA AA! BOOOOM AS EVERR 😍😍😍😍😍" tulis Hj Azwan sebelum ke masjid semalam menunaikan solat terawih.
Selebriti yang terkenal dengan mulutnya yang celupar dan sukar dikawal itu mencetus kontroversi baru-baru ini apabila terlanjur memaki hamun seorang wanita, Nur Azira, yang mencadangkan supaya dia berbuka di restoran steak eksklusif, Me'nate Steak Hub.
Malangnya, jawapan Nur Azira yang ringkas, "Menate", telah disalah erti oleh Haji Azwan yang kemudiannya menghamburkan kata nista yang memalukan wanita itu.
Gara-gara ketelanjuran tersebut, Haji Azwan teruk dikecam warga netizen, apatah lagi maki hamun itu dihamburkan di bulan Ramadhan Al-Mubarak.
Entahlah, mungkin kerana menjaga ego "diva"nya yang terlalu tinggi, Haji Azwan masih enggan mengalah hingga kini, malah melebarkan cercaannya terhadap pemilik Me'nate Steak Hub, Chef Mus.
Rentetan itu, Chef Mus terpaksa mengeluarkan kenyataan bagi menyejukkan suasana secara berhemah di mana kenyataan beliau telah dipuji orang ramai dan disifatkan sangat bertentangan dengan akhlak yang ditunjukkan Haji Azwan.
Apapun, sebagai saudara seagama, kami mendoakan agar Haji Azwan berubah sebagaimana yang pernah dia ikrarkan sekembalinya dia dari tanah suci Makkah suatu ketika dahulu.
Lihat kenyataan Haji Azwan Ali sebelum ini pada tahun 2009 dibawah... -Kedahnews.com
"Saya bukan lagi Azwan Ali yang dulu. Saya dapat azam baru setelah kembali dari menunaikan umrah. Di kesempatan ini, saya ingin menghulurkan jari sepuluh memohon maaf kepada semua 'musuh-musuh' saya.
"Pada mereka-mereka yang pernah tersinggung perasaan mereka dengan kata-kata kesat saya. Mulai sekarang, tidak ada lagi kata-kata nista dan kesat dari Azwan Ali. Bukan saja dalam blog tetapi juga dalam perbualan harian saya. Tak percaya, bacalah posting terbaru saya dalam silaserazwanali.blogspot.com.
"Sebenarnya itulah doa yang saya mohon depan Kaabah agar diberikan peluang dan ruang bagi wujudkan kedamaian antara saya dan musuh-musuh saya. Tidak ada ada lagi dendam kesumat. Apa yang sudah berlaku biarlah berlalu. Saya tidak mahu diungkit lagi cerita-cerita lama," - Haji Azwan Haji Ali