Rasanya, majoriti rakyat di negara kita kenal dengan selebriti terkenal yang menggelarkan dirinya diva AA, Azwan Ali.
Seolah tidak pernah "sejuk", nama Azwan Ali sememangnya tidak boleh lari daripada terpalit dengan pelbagai kontroversi akibat keceluparan mulut berbisanya terutama menerusi media sosial.
Malah, tindakannya memuat naik status menghina mangsa kemalangan jalanraya pada Aidilfitri baru-baru ini ini juga dilihat sebagai sesuatu yang tidak wajar dan biadap.
Apatah lagi, bekas pengacara Melodi di TV3 itu dilihat bagaikan tidak insaf daripada perangai lamanya meskipun baru pulang mengerjakan ibadah umrah buat kali ke lapan.
Mungkin tidak tahan mendengar pelbagai cacian dan maki hamun netizen, Azwan Ali akhirnya memutuskan untuk menutup akaun laman Twitternya.
Sebelum berundur, Azwan Ali dilihat memuat naik beberapa status, memaklumkan akaun Twitter tersebut ditutup kerana terlalu ramai fake people di sekelilingnya.
Apa pun, bagi kami itu adalah tindakan wajar buat Azwan Ali sendiri untuk menghentikan segala kontroversi yang bakal diciptanya kelak.
Ketika laporan ini ditulis, didapati tiada lagi akaun twitter @azwanhjali, namun muncul pula dua akaun lain @azwanhjali1 dan @azwanhjali2.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada kedua akaun tersebut milik Azwan atau hanya merupakan satu akaun palsu menggunakan namanya bagi meraih populariti. -Kedahnews.com