Bekas Isteri Nedim Bergaduh Dengan Nora Danish Di Laman Sosial?


Bagi wanita dan para isteri yang pernah melalui pengalaman kehilangan suami tersayang gara-gara kehadiran orang ketiga yang memisahkan mereka dengan pasangan masing-masing, mungkin faham apa yang dilalui bekas isteri Nedim, Nabilah Khan.

Mungkin jauh di sudut hatinya, dia tidak pernah memaafkan wanita yang dianggap menjadi perampas kasih sayang dari dirinya mahupun anaknya.

Mungkin juga kerana itulah Nabilah menerusi laman sosial instagramnya baru-baru ini meluahkan rasa tidak puas hati, seolah menyindir pihak yang dianggap perosak kebahagiaan rumahtangganya dengan Nedim.

Bagi ramai peminat pula, luahan tersebut berkemungkinan besar ditujukan pada selebriti dan pelakon jelita, Nora Danish.

"REAL WOMEN don't need to steal a person's husband they go out and get their own ! #justsaying," tulis Nabilah yang menggunakan akaun Beekhan112.

Tulisan tersebut dinukilkan pada kapsyen sebuah poster yang bertulis "nobody likes a homewrecker" yang bermaksud "tiada siapa pun yang suka pada perosak rumahtangga orang".


Ekoran kenyataannya itu, para peminat giat meneka bahawa tercetus "perang" di antara Nabilah dengan Nora Danish.

Selain itu, Nabilah turut memuat naik poster yang menegaskan bahawa mereka yang merosakkan rumahtangga orang lain itu tidak layak untuk dijadikan contoh yang baik dan meminta supaya golongan itu dijauhkan dari anak-anak.


Pada tahun lalu, pernah juga tercetus kontroversi di antara bekas isteri Nedim dengan Nora Danish gara-gara gosip beberapa penulis tertentu di media, namun ia berjaya diselesaikan dengan baik oleh kedua pihak.

Cerita tahun lepas...
Pada pandangan Kedahnews.com, sempena syawal yang penuh kemuliaan ini, usahlah dipanjang-panjangkan perkara yang sudah lepas. Lagipun, jodoh dan pertemuan itu di tangan Allah SWT. Segala yang berlaku, sudah tentu ada hikmahnya.

Sebagai umat Islam, redhalah dengan segala ujian yang ditempuhi dengan tabah dan insyaAllah Nabilah akan dikurniakan "Nedim akhirat" yang jauh lebih hebat berbanding "Nedim dunia" ini, bukan? Wallahu'alam. -Kedahnews.com