SIMBOL anarki yang diconteng Natthapol pada tembok Mahkamah Jenayah Bangkok. |
Bangkok – Seorang bekas pelajar universiti dihukum penjara satu tahun semalam kerana didapati bersalah menconteng tembok Mahkamah Jenayah di sini dengan simbol anarki.
Natthapol Khemngern, 22, ditahan selepas rakaman kamera keselamatan menunjukkan dia menconteng tembok itu dengan cat hitam pada 24 Mei lalu.
Pemuda berkenaan ditahan sehari selepas itu oleh sepasukan anggota polis di daerah Pak Kret.
Natthapol kemudian didakwa mengikut undang-undang kod jenayah dan kebersihan kerana menconteng bangunan kerajaan.
Mahkamah Jenayah pada mulanya menjatuhkan hukuman penjara dua tahun terhadap Natthapol selepas dia didapati bersalah.
Bagaimanapun, hukumannya dikurangkan kepada satu tahun selepas dia mengaku bersalah atas tuduhan berkenaan. – Agensi