Setelah hampir setengah tahun berpisah, pelakon Emma Maembong akhirnya
mengakui perpisahan hubungan cinta dengan pelawak Zizan Razak pada
Januari lalu memberi kesan mendalam pada dirinya.
Malah kerana terlalu diselubungi dengan perasaan kecewa dan sedih,
Emma mengambil masa lebih sebulan untuk memulihkan dirinya selepas
tragedi itu.
Bagaimanapun, bintang berusia 23 tahun ini menyifatkan perkara
tersebut adalah pengalaman dan kitaran hidup yang dilalui oleh ramai
orang.
“Siapa yang tidak terkesan apabila kita dan pasangan rancang untuk kahwin tetapi hubungan tidak menjadi. Saya bukannya robot.
Emma bersama Zizan dan ibunya. |
“Apa-apapun bagi saya ini adalah kitaran hidup di mana sesuatu yang
kita sayang di dunia ini tidak akan kekal. Malah ibu dan ayah kita juga
satu hari nanti akan meninggalkan kita,” katanya yang dipetik dari mStar.
Pada masa sama, Emma meluahkan ucapan terima kasih kepada pengarah
Michael Ang yang banyak menawarkan peluang berlakon hingga membuatkan
dia lupa akan perpisahan itu kerana kesibukan bekerja.
Pelakon Isteri Separuh Masa ini sekarang digosip sedang
menjalinkan cinta bersama aktor Kamal Adli. Namun, sejauh mana
perhubungan ini masih lagi menjadi tanda tanya. -Kedahnews.com