Che Ta Terpaksa Sewa Kondo Untuk Simpan Koleksi Bajunya Yang Bertimbun!

Che Ta
Mungkin sudah lumrah dunia seni di mana mereka yang bergelar selebriti terkenal terpaksa perlu menjaga setiap keterampilan diri agar tampil menarik di kaca televisyen mahupun di hadapan para peminat.

Maka kerana itu, tidak hairanlah ramai selebriti yang mempunyai bilik khas untuk menyimpan koleksi pakaian, kan?

Namun, lain pula kaedah yang digunakan pelakon jelita Rozita Che Wan atau mesra disapa Che Ta yang mendedahkan terpaksa menyewa sebuah kondomium khas untuk menempatkan koleksi pakaiannya yang terlalu banyak.

Che-Ta-Sewa-Kondo-Khas-Untuk-Simpan-Baju-ROTIKAYA20150701_5356

“Saya terpaksa sewa sebuah kondo lain untuk tempatkan baju-baju kami sekeluarga memandangkan tiada ruang untuk menyimpan koleksi pakaian yang ada. Maklumlah saya sudah berada di dalam industri hiburan agak lama.

“Bukan tidak mahu menjual atau lelong baju-baju itu tetapi agak susah sebab ada peminat yang pernah beli beritahu saiz baju terlalu kecil. Kondo yang saya sewa itu terletak dekat sahaja dengan rumah saya. Hanya beberapa kilometer,” katanya kepada Tonton Extra.

1
Menurut isteri kepada Zain Saidin ini, anaknya Aaisyah Dhia Rana yang kini sudah berusia lapan bulan turut mempunyai koleksi baju yang banyak sehinggakan kini sudah memerlukan empat pintu almari.

“Baju Aaisyah sahaja sudah memerlukan empat pintu almari untuk menyimpannya. Apa tidaknya, selain saya dan Zain yang belikan baju-baju Aaisyah, dia juga dapat banyak tajaan daripada pelbagai jenama pakaian.

“Tidak cukup dengan itu, peminat-peminat juga ramai yang hantarkan hadiah. Sebab terlalu banyak, ada baju yang tidak sempat diulang pakai. Pakai sekali sahaja,” jelas Che Ta.

image2

Sebelum ini, Che Ta memaklumkan bahawa dia telah menempah sebanyak 60 pasang baju buat keluarganya bagi sambutan Aidilfitri kali ini.

Alahai, begitulah bertuahnya keluarga selebriti ini yang tidak putus-putus dikurniakan rezeki, kan? -Kedahnews.com