Chong Wei Kongsi Kegembiraan Kelahiran Anak Keduanya Dengan Peminat

Chong Wei memuat naik gambar anak keduanya di laman Facebook dan Twitter rasminya.
ALOR SETAR - Isteri kepada jaguh badminton No.1 negara, Datuk Lee Chong Wei, Datin Wong Mew Choo dilaporkan telah selamat melahirkan anak lelaki kedua bagi pasangan tersebut, semalam.

Berkongsi kegembiraannya dengan rakyat Malaysia, Chong Wei turut memuat naik gambar bersama isteri dan anak keduanya di laman sosial Facebook dan Twiiter.

Sumber media turut melaporkan bahawa bayi lelaki comelnya itu yang diberi nama Terence Lee dan selamat dilahirkan kira-kira pada jam 4.38 petang.

Sebelum ini, anak pertama bekas pemain badminton No.1 dunia itu, Kingston Lee telah dilahirkan pada 12 April 2013 di Hospital Gleneagles, Jalan Ampang, di ibu negara. 

Tahniah kepada Chong Wei dan semoga kehadiran "orang baru" dalam keluarganya itu bakal menaikkan semangat beliau untuk terus mencabar kejuaraan badminton dunia. -Kedahnews.com