COOL: Gadis Berpurdah Jawab Persoalan Kenapa Dia Suka Selfie


ALOR SETAR - Boleh dikatakan ramai yang berpandangan bahawa kerjaya sebagai "welder" atau juru kimpalan adalah antara kerjaya yang lasak dan merbahaya, memerlukan seorang yang "out going looking" untuk menjawat jawatan tersebut.

Malah mungkin tidak ramai yang menyangka bahawa dengan identiti berhijab, malah berpurdah sepenuhnya dikatakan tidak sesuai untuk memilih kerjaya berkenaan.

Meskipun memilih kerjaya yang sememangnya "rare" untuk diceburi oleh golongan Hawa itu, namun tindakan seorang gadis yang dikenali sebagai "Tyra" sangat membanggakan apabila dia mempertahan pendiriannya untuk berhijab menutup auratnya.


Menggunakan Facebook profile 'Saya Tyra", pendirian gadis tersebut dalam hukum-hakam Islam wajar dijadikan contoh tauladan kita semua, khususnya gadis dan wanita yang mengaku beragama Islam di luar sana.

Tyra dikatakan bekerja di salah sebuah syarikat Oil & Gas terkemuka di Malaysia namun begitu nampak selesa memelihara auratnya dan sangat gemar berselfie sehingga ada yang bertanyakan motif gadis kental itu berbuat demikian memandangkan dia berpurdah, tidak mendedahkan wajah.

“Kadang saya post gambar. Ada yang tanya kenapa saya berpurdah tapi selfie. Jawapannya. Bergambar itu harus. Dan tidak ada pun haramnya. Dan suka hati saya lah. Sebok je”, jawab Tyra menjawab persoalan tersebut dengan selamba.

Tahniah dan syabas Kedahnews.com ucapkan kepada Tyra dan semoga Allah memberkati rezeki yang dia perolehi dari kerjayanya sebagai seorang "welder" yang berjaya, di dunia dan akhirat. -Kedahnews.com