Chile menewaskan Argentina untuk menenangi perlawanan Copa America 2015, awal pagi Ahad. |
CHILE memenangi trofi perlawanan Copa America yang
pertama dalam sejarah bola sepak negara itu selepas menewaskan Argentina
4-1 menerusi penentuan penalti di Santiago, awal pagi Ahad.
Kemenangan itu juga membantu Chile menamatkan penantian selama 99 tahun untuk menjulang trofi tersebut.
Kedua-dua pasukan sekadar terikat seri tanpa jaringan sehingga
wisel penamat dibunyikan sehingga memaksa perlawanan diheret ke
penentuan penalti.
Penyerang Alexis Sanchez muncul wira Chile apabila melengkapkan penalti keempat pasukan itu selepas percubaan Gonzalo Higuain gagal menembusi gawang tuan rumah.
Malang terus menimpa Argentina apabila percubaan rakan sepasukan Higuain, Ever Banega berjaya diselamatkan penjaga gawang Claudio Bravo.
Penyerang sensasi Barcelona, Lionel Messi merupakan pemain tunggal yang berjaya menyempurnakan sepakan penalti untuk Argentina pada perlawanan penuh mendebarkan itu.
Terdahulu, percubaan Matias Fernandez, Arturo Vidal dan Charles Aranguiz berjaya menggegar gawang Argentina sebelum Sanchez melengkapkan penalti kemenangan Chile. Barisan pemain:
CHILE: Bravo, Isla, Silva, Medel, Beasejour, Aranguiz, Diaz, Vidal, Valdivia, Sanchez, Vargas.
ARGENTINA: Romero, Zabaleta, Demichelis, Otamendi, Rojo, Biglia, Mascherano, Pastore, Messi, Aguero, Di Maria.

Sumber: mStar