Demi Moore
Demi Moore
SEORANG lelaki ditemui mati dalam kolam renang rumah aktress Hollywood, Demi Moore, di Los Angeles pada pagi Ahad lalu.
Lelaki berusia 21 tahun itu dipercayai tidak boleh berenang dan lemas selepas terjatuh di dalam kolam renang itu.
Sumber melaporkan, sebuah parti telah diadakan malam sebelum mayat itu ditemui namun Demi tidak turut serta kerana terpaksa ke luar bandar untuk menyambut ulang tahun anak perempuannya di sana.
0719-demi-moore-police-house-pool-splash-6
Lelaki malang itu yang mati sekitar jam 5.30 pagi pada ahad dan dia dipercayai rakan kepada keluarga yang menguruskan parti itu.
Demi yang terkejut dengan berita penemuan mayat di rumahnya itu dan meminta semua orang menghormati privasi ahli keluarga si mati buat masa ini.
“Saya sangat terkejut. Saya berada di luar bandar untuk menyambut ulang tahun anak perempuan saya ketika menerima berita yang dahsyat itu.
318
Gambar Hiasan
“Kehilangan lelaki ini merupakan satu tragedi yang tidak dijangka sama sekali. Saya amat bersimpati kepada ahli keluarga serta rakan-rakannya, saya minta anda semua menghormati privasi mereka sekarang ini,” kata Demi.
Walaubagaimanapun, siasatan masih lagi dijalankan dan kes ini dikategorikan sebagai satu kemalangan. – Agensi